Tuesday, June 19, 2012

Mutiara kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah "Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan." "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya." "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." "Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar." "Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan." "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal." "Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai." "Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas." "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan." "Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya." "Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya." "Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya." "Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar." "Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya." "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." "Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin "Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln "Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche "Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah." "Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius "Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J "Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan." "Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun." "Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius "Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air." "Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan." "Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze "Awal mula pohon ialah benih.." "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan." "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat." "Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok." "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu." "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan." "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri." "Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan." "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini." "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi." "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang." "Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi." "Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds) "Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews "Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi." "Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya." "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api." "Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan." "Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya." "Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah." "Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian." "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar." "Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama." "Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya." "Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu "Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya." "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang." "Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya." "Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar." "Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa." "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini." "Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya." "Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan "Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire "Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita." "Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah." "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan." "Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya." "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire "Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan." "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab "Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu." "Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar." "Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab." "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang." "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang." "Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi." "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa." "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson "Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh." "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup." "Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali." "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian." "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai." "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan." "Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya." "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.." "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." "Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya." "Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK." "Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier "Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali." "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman." "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan." "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu." "Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse "Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa." "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan." "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak." "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga." "Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya." "Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya." "Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.." "Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya." "Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga." "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." "Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya." "Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.." "Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda." "Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan." "Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri." "Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib." "Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil." "Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia." "Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius "Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.." "Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab "Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong." "Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier "Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya." "Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa "Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.." "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan." "Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina "Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." "Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut." "Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh." "Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus." "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan." "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya." "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket." "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri." "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai." "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan." "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan." "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir." "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat." "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate "Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi." "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan." "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri." "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA." "Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan." "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka." "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai." "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya." "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu." "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut." "Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam." "Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar." "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana." "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain." "Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari." "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan." "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Wednesday, June 6, 2012

About me

Dah lame aku ta tulis blog nie. Serius aq benci nan kehidupan aq sekarang. Aq rase macam menyesal aku bagi semua at orang yang aq sayang. About my family, semuanye hancur. Aq ingat bile aq balik nie leh la happy an aq tapi same je ta de bezanye. Mama selalu marah aq. Aq ta tahu lha ape lagi yang dia nak. 'Aq mampu berdoa je sekarang. hope aq dapat kebahagiaan dalam family aq balik.

Friday, December 16, 2011

Happiness

Setelah sekian lame aku bersedih, kini aku kembali ceria seperti dulu sebab aku bahagia disamping orang yg aq sayang. gembira n bahagia yg teramat. Subhanallah, kuasaMU amat agung sekali. Alhamdulillah. Segala permintaan aq KAU MAKBULKAN, ta dapat aku membalasnye. Aq hanya mampu bersujud dan mengharap redha dan doa DARIMU sahaja. Aq harap KAU akan kekal an kebahagiaan ini. Bile da rase selesa, tibe-tibe je aq kena berpisah nan family aq nie. Macam ta sanggup lak na tinggal an diorang sebab da best n gembire sanad dok nan family nie. Ta pe lha. Aq da besar. Ta an na hidup nan bergantung parents je. Aq kena tolong diorang gak. Ta an lha na biar an mak ayah keje sampai lanjut usia. Melampau sanad lha 2. So sekarang nie aq kena lha hidup berdikari n menyenang an kehidupan family aq. Pape pown harap sanad aq habis dip at polisas nie. Amin.

Tuesday, December 13, 2011

About Me

Sekarang nie orang at dalam umah aq nie suke sanad aq na g study at kuantan. Hurm, entah nape dy org happy sanad aq ta ade. Ape lagi lha yang aq patot wt nie, da improve an diri pown same jugak. Sedih sanad. Mama n ayah org yg paling suke aq na g study, tapi aq tengok ayah macam ta na tolong aq lak. Aq rase memang patot pown sbb aq da banyak susah an dy. Betol jugak ape yg mama cakap. Now i must to change. Kena improve lebih lagi. But aq ta dapat lha na buat. Aq fikir negatif je. Ta ade sape pown na dorong aq. Sedih nye lha. Kadang-kadang tu aq give up. Family aq sisih an aq. Aq na juga kasih sayang. Lagi-lagi dari akak aq. Aq teringin buat dy happy tapi dy buat aq yg sebalikye. Susah lha kalau da panas baran, keras kepala n ta bertolak ansur nie. Kadang- kadang tu ade jugak na jadi orang baik tapi bile da baek orang pijak kite lak. Kalau difikir an balik biar je lha aq wt hal aq sendiri daripada fikir hal orang laen. Penat da na fikir semua nie. Kalau jadi baik pown diorang lebih-lebih lak. Sekarang aku baru sedar kehidupan. Dulu aq ta tahu semua tu. Aq fikir enjoy je. Maybe aq da ta de peluang na bermesre lg nan adik beradik aq lagi. Diorang memang da benci aq. Dekat nan aq pown da ta na. Lagi an na teman aq. Memang ta an nye lha. Member je lha peneman aq. Kadang-kadang tu adik aku na jugak teman aq. Dy je lha yg na teman aq tu pown lau dy ta keluar nan akak aq. Sedih sanad dengan kehidupan aq. Aq hanya bergantung nan kawan-kawan n pakwe aq je untuk teman aq. Terfikir jugak na ajak adik-adik pergi jalan-jalan. Maybe da ade kerje tetap nant baru diorang na teman aq. Hurm entah lha. Ape pown sekarang nie aq perlu fikir untuk study nie. Macam mane na tambah pendapatan. Hope berjaye na laksanakannye. Gambate aina !!!!

Thursday, December 8, 2011

kesekian kalinye

Kesekian kalinye aku merase kesedihan yang teramat sanad setelah membace diary adikku. Aku tahu aku salah, aku ta patot bace diary die tapi aku dah terbace mase terperasan dairy 2 at rak buke aku. Mule-mule aku ingat diary 2 buku nota dia. Bile dah bace sampai helaian kelima, aku baru tersedar buku tu dairy dia. Mule-mule tu na bace pembukaan diary je. Then terlepas lak. Hehehe. Seronok sanad bace sampai lupe 2 diary orang. Best lak aku bace diary die. Ade suke dan duke. Kesian adik aku, Hurm. Btw aq sayang adik aq sorang nie. Betol-betol sayang. Die banyak menyedarkan aku. Ade lha jugak dia senang an hati aku. Aku sayang die. Tapi aku tahu aku ta layak disayangi olehnye. Aku banyak buat salah nan die, same jugak lha at family aku. Kadang-kadang terfikir jugak sedihnye hati aku nie. Tapi bende dah berlaku ta boleh na buat ape lagi dan ubahnye. Nasi dah jadi bubur. Menyesal pown dah ta gune. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunenye. Aku sayang family aku. Tapi aku ta tahu dy orang sayang aku ke ta. Bohong lha kalau aku cakap Mak Ayah aku ta sayang aku. Hope sanad diorang menyayangi aku sebagaimana aku sayang diorang. Tapi aku tahu mama aku benci aku, ta suke nan perangai aku tapi 2 dulu lha. Sekarang nie ade perubahan cikit. Hehe. Tapi adik-beradik aku tetap same. Diorang tetap dengan pendirian diorang. Ta pernah nye na amik hati aku nie. Nampak sanad ta sayang aku. Semua yang aku buat mane penah amik peduli pown. Kadang-kadang aku sedih jugak. Hurm tapi silap aku gak. Kalau aku ta kurang ajar mesti diorang ok je nan aku. Hurm bende dah berlaku ta gune gak aku sedih an. Hurm Ya ALLAH KAU SAHAJA MAMPU MENGUATKAN AKU. ADAKALANYA AKU TERLEKA. AKU TA PATUH ATAS SEGALA SURUHAN KAU. AKU TAHU AKU BANYAK BUAT DOSA NAN KAU TAPI BAGI LHA AKU PELUANG UNTUK BEBUBAH YA ALLAH. AKU SAYANG KAU TUHANKU YANG MAHA ESA. KAU KEMBALIKANLAH SEGALA KERIANGANKU. AKU NAK SANAD BAHAGIA DISAMPING ORANG YANG AKU SAYANG TERUTAMA SEKALI MAMA AYAH DAN ADIK BERADIK AKU. TAK DILUPAKAN JUGA INSAN YANG TELAH MENGGEMBIRAKAN AKU. KEKASIH KU CAPITAL ‘S’ . I LOVE HIM SO MUCH . WALAU PUN DIE NIE KUAT CEMBURU DAN BERTINDAK MELULU JE BUAT KEPUTUSAN TAPI DIE PANDAI MENGAMBIL HATIKU. DIE BANYAK MENGGEMBIRAKAN AKU. THANK U MY LOVE. THANKS TOO FOR MY GREAT GODNESS. EVEN I NEGLIGENT WITH PROVISIONAL WORLD I STILL HOPE FOR GET YOUR MERCY AND LOVE FROM YOU
BANYAK JUGA DUGAAN YANG KAU BERIKAN PADAKU. TAPI AKU MAMPU BERTAHAN TUK TEMPUHI KEJAYAAN MASA HADAPANKU. YA ALLAH AKU INGIN KEMBALI KEPADA SEDIAKALA SEPERTI DAHULU. MENGGEMBIRAKAN ORANG MEMERIAHKAN SUASANA SEKELILING DAN YANG PALING PENTING MENYENANGKAN HATI ORANG-ORANG YANG AKU SAYANG. TA KIRE LHA SAPE POWN AKU TETAP NA BUAT DIORANG HAPPY.
Aq tahu aku teruk. Tapi setiap orang layak diberi peluang an. Hurm, aku na kawan. Aku na orang yang boleh membahagiakan aku, menggembirakan aku. Aku tahu pakwe aku dah cukup membahagiakan aku tapi tu ta cukup. Aku na bahagia disamping keluarga jugak. Hurm sampai bile aku lonely je at rumah nie. Aku nie da macam patung da dalam nie. Ta ade sape pown yang na teman berborak nan aku at cini. Aku na adik-beradik aku. I need them. I miss a lot time formerly. I want to happy with them as formerly. Now i will to trying to reach successful. Amin
P / S : kenyataan berani mati. Ta penah-penah aku update blog macam nie. Sekarang aku berani. Lantak lha orang na cakap ape. Do i care. This is my life and thie my blog. :)

Wednesday, November 30, 2011

This time

Rase macam dah lapuk canad blog nie sekian lame ta mengupdate blog. Hehehehe =='. Hari nie rajin lak na mengupdate. Dah 3 minggu ta tulis rase hari nie kena lah tulis. Rindu gak aku kat blog nie. Selalunye aku update setiap minggu tapi dik kerana aku sedih je ta ade mood lha na tulis. Minggu nie memang sedih. Macam-macam berlaku. Salah Satunye aku gadoh nan mama aku hurm nasib baik lha dah ok. I LOVE YOU MAMA FOREVER n EVER <3. Before that, aku sedih sebab duit ta cukop na sambung belajar. Aku ta na susah an mama n ayah, Aku dah banyak menyusah an diorang. Cukop lha aku dah susah an diorang dik kerana aku berenti kolej dulu. Hurm, menyesal aku sebab jadi pemboros. Kalau aku simpan ta lha susah an ayah. hurm. Bodoh tol lha. Nape lha aku ta simpan. hurm. Kalau lha aku tak berjanji nan adik angkat aku ta lha jadi macam nie. Ish menyesal da ta gune. Aku je yg bodoh. Nape eak orang suke amik kesempatan dengan aku. Lain kali aku dah ta na termakan dari pujukan diorang lagi. Lagi-lagi about money lha. No excuse. Now learn from mistake and learn for save our financial. That is good. hehehe. :) Now i thought i must to saving. No matter i do, i must to saving lha. In right now, i'm still thinking about my belover. Does he love me or no. hurm, Now i must to focus to studies and try to balance studies and my relationship with my belover and also my family. I think i concern with our relationship. I care him. I start to love him now. I afraid i lost him. hurm. No matter lha, now i must to concentrate my studies. That's so important and That is my future. Now SPM can't to go lha. Start to thinking future and time to independent. :)

Friday, November 11, 2011

Entah ler.

Sometimes aku rase aku perlukan seseorang tapi aku tak yakin nak milikinye. Dah banyak kali lelaki hancurkan hati aku. Aku redha dengan semua tu tp kenyataannye aku terlalu sedih bile cakap sal lelaki. Aku pun ta tahu na cakap pe lagi. Dah banyak lelaki sakitkan hati aku, nak bagi peluang pun rase nye dah tak ade lagi. Kadang-kadang terfikir jugak. Takkan aku na hidup sendiri, tak kan nak biar hidup aku macam nie je. Hurm. Truthly, aku memang sayang someone, die pun sayang aku. tapi dia takot die akan sakitkan hati aku n buat aku kecewa. So better kitorang kawan je. Tu die yg cakap. Aku terima. Maybe betul cakap die. Entah ler. Aku buntu dah tak tahu nak stay or biarkan je. Aku rase terseksa. aq dah give up n fedup sangat. hurmmmm.